Kisah Telinga
Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.
Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga.
Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalankepada lelaki itu. “Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?”. “Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam”, jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.



